Kerjaya sukan Rabia Abdul Salam

Rabia dipilih sebagai pemenang Anugerah Putera dan Puteri Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia-Milo 1990 pada Jun 1991. Turut menerima anugerah itu ialah pemain hoki negara, Brian Jayhan Siva.[1]

Beliau yang dilatih oleh S. Ramachandren, telah membantu Malaysia meraih pingat Sukan SEA di Manila, Filipina (1991) dan Singapura (1993), serta mencatatkan rekod baharu kebangsaan (52.56 saat) bagi acara 400 meter pada Disember 1993 di Manila.

Rekod itu dahulu dipegang oleh rakan sepasukan, Josephine Mary (52.65 saat). Malah, rekod kebangsaan bagi acara 4 x 400 meter (3:35:83) yang dicipta oleh Rabia, Josephine Mary, R. Shanti dan G. Shanti di Singapura pada Jun 1993 masih belum mampu dipecahkan atlet baharu.

Rujukan

WikiPedia: Rabia Abdul Salam https://www.goodreads.com/book/show/39410976-rabia... https://kintaathletics.com/5-inspiring-former-mala... https://www.klik.com.my/item/story/207088/rabia-si... https://www.klik.com.my/item/story/210840/rabia-ak... https://www.klik.com.my/item/story/240162/keluarga... https://www.klik.com.my/item/story/243009/keluarga... https://www.klik.com.my/item/story/248731/rabia-se... https://www.klik.com.my/item/story/362970/brian-ra... https://www.klik.com.my/item/story/3673497/family-... https://www.klik.com.my/item/story/857310/police-s...